Friday 15 July 2011

Selamat Datang!

Hai semua! Selamat datang ke blog Prasekolah Gemilang, SK Putrajaya Presint 11(1). Cikgu Ain baru ingin melebarkan pengetahun melalui perkongsian ilmu menerusi blog ini. Diharap blog ini dapat memberikan pertukaran dan perkongsian ilmu berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia dan seantero dunia :) . Insyaallah...

Sejarah Prasekolah SKPP11(1)

Prasekolah di Putrajaya dibuka pada perluasan tahun 2007 di enam buah sekolah sekitar Putrajaya dengan menempatkan masing-masing dua buah kelas setiap sekolah. Ini termasuklah prasekolah di SKPP11(1) yang mana pada tahun 2007 nama sekolah dikenali sebagai SK Putrajaya 4.


Dipelopori oleh Cikgu Ain dan Cikgu Nanie (kini bertugas di Kuala Terengganu), Prasekolah SKPP11(1) yang terdiri daripada Prasekolah Cemerlang dan Prasekolah Gemilang kini bertambah kepada 3 buah kelas iaitu Prasekolah Terbilang. Maka Prasekolah SKPP11(1) kini diterajui oleh Cikgu Ain, Cikgu Huda dan Cikgu Liyana.

Demikianlah serba sedikit tentang sejarah Prasekolah di SKPP11(1) ini. Selamat berkongsi maklumat! :)


Cikgu Ain

No comments:

Post a Comment