Tuesday 26 July 2011

Apam Blossom


Hi! Dah ramai rakan-rakan Cikgu Ain message suh uploadkan gambar dan resepi untuk buat Apam Blossom ni. Resepi yang Cikgu Ain kongsi kat blog ni kalau u all perasan, bahan-bahannya mudah sangat. Cara nak buat pun senang. Memang sesuai kalau kakak PPM nak buat untuk murid-murid pra sebab tak sampai sejam pun. Di samping dapat tolong guru pantau P&P di kelas, PPM pun boleh masak ikut resepi kat blog Gemilang Preschool Cikgu Ain ni. Mudah, ringkas, senang, cantik dan sedap :) Suka suka suka....hihihi. Ok...ini bahan-bahan dan caranya yer. Selamat Mencuba!

Bahan-bahan:
  • 300 gram tepung gandum
  • 250 gram gula 
  • 2 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 200ml susu segar HL
  • 1 sudu ovellate
  • pewarna makanan (ikut kesukaan)
Cara-caranya:
  1. Pukul gula dengan telur hingga kembang
  2. Masukkan bahan-bahan lain iaitu tepung,susu, esen vanilla dan ovelatte.
  3. Pukul hingga betul-betul kembang dan gebu.
  4. Bila dah gebu, asingkan kepada beberapa mangkuk mengikut warna yang dikehendaki.
  5. Tuangkan dalam mangkuk kertas. (Cikgu Ain guna mangkuk cup cake yang tebal)
  6. Kukus hingga masak. (Bila nak kukus make sure air betul-betul menggelegak baru apam akan merekah)
 Senangkan? :D Cuba tau jangan tak cuba....

p/s: TQ Ina :)

No comments:

Post a Comment