Tuesday, 26 July 2011

Apam Blossom


Hi! Dah ramai rakan-rakan Cikgu Ain message suh uploadkan gambar dan resepi untuk buat Apam Blossom ni. Resepi yang Cikgu Ain kongsi kat blog ni kalau u all perasan, bahan-bahannya mudah sangat. Cara nak buat pun senang. Memang sesuai kalau kakak PPM nak buat untuk murid-murid pra sebab tak sampai sejam pun. Di samping dapat tolong guru pantau P&P di kelas, PPM pun boleh masak ikut resepi kat blog Gemilang Preschool Cikgu Ain ni. Mudah, ringkas, senang, cantik dan sedap :) Suka suka suka....hihihi. Ok...ini bahan-bahan dan caranya yer. Selamat Mencuba!

Bahan-bahan:
  • 300 gram tepung gandum
  • 250 gram gula 
  • 2 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 200ml susu segar HL
  • 1 sudu ovellate
  • pewarna makanan (ikut kesukaan)
Cara-caranya:
  1. Pukul gula dengan telur hingga kembang
  2. Masukkan bahan-bahan lain iaitu tepung,susu, esen vanilla dan ovelatte.
  3. Pukul hingga betul-betul kembang dan gebu.
  4. Bila dah gebu, asingkan kepada beberapa mangkuk mengikut warna yang dikehendaki.
  5. Tuangkan dalam mangkuk kertas. (Cikgu Ain guna mangkuk cup cake yang tebal)
  6. Kukus hingga masak. (Bila nak kukus make sure air betul-betul menggelegak baru apam akan merekah)
 Senangkan? :D Cuba tau jangan tak cuba....

p/s: TQ Ina :)

Wednesday, 20 July 2011

Resepi Bubur Ayam Prasekolah

Teringat zaman praktikum dulu....Waktu tu Cikgu Ain praktikum di SK Taman Megah Seksyen 28, Shah Alam. Walaupun agak jauh dari rumah di Putrajaya, tapi oklah sebab banyak timba ilmu....banyak kenangan. :) Sempat juga belajar buat bubur ayam dan kek coklat yang mudah resepinya daripada PPM, Kak Sue. Sesuai dengan prasekolah.

Upon request from some friends yang dah pernah rasa Bubur Ayam Prasekolah Cikgu Ain, dulu Cikgu Ain jual bubur ni kat sekolah (sebelum larangan berniaga di sekolah....sebab GPK jeles jualan cikgu-cikgu laku sangat...hehehe. Tak lah gurau jer :p) ni dia resepinya.

Bahan-bahan:
  1. Beras
  2. Potongan ayam (best kalau ambil bahagian yang ada tulang)
  3. Lobak merah (dipotong dadu)
  4. Daun pandan
  5. Kulit kayu manis
  6. Bunga lawang
  7. Lada putih
  8. Kiub pati ayam Knorr
  9. Air (secukupnya)
  10. Daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada merah (sebagai hiasan)
Cara-cara:
  • Jangan tanya beras brape , ayam nak brape gram etc tau. Cikgu Ain memang tak pandai. Coz main masuk je dalam periuk. Tapi you all agak-agak la nak buat banyak maner n sesuaikan dengan bahan-bahannya yer. :) Tak per, cikgu prasekolah kreatif dan fleksible. :D 
  • Ok...now, basuh beras dulu. Then masukkan semua bahan tadi dalam periuk. Pastikan air nak kene banyak. Pas tu masaklah sampai jadi bubur! Senangkan? 
  • Sesuai sangat dengan prasekolah. PPM boleh masak dan tinggalkan jer kat dapur and tolong guru pantau kerja murid. Sekali-sekala pergi kacau bubur tu and kalau belum nak jadi bubur boleh tambah air lagi. Mudah dan sedap sangat kalah bubur ayam McD. :D
  • Selamat Mencuba! :)

Tuesday, 19 July 2011

Jom Buat BBM...

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang Cikgu Ain nak share nie senang je. Bahan-bahannya adalah:
  • kertas minyak
  • kertas warna merah dan hijau
  • gunting
  • stapler. 
Cara-caranya :
  1. Renyukkan sahaja kertas minyak dan kemudian pulas menjadi batang pokok.
  2. Potong kertas warna merah berbentuk epal dan kertas warna hijau berbentuk daun.
  3. Staplerkan daun pada buah dan kemudian staplerkan pula buah kepada batang pokok.
  4. Dah siap!!! :D Kat buah tadi boleh isi perkataan cth: hari atau nombor 1-10 dan sebagainya.
Selamat mencuba dan menghias kelas! ;) 

Monday, 18 July 2011

Cokulet Cikgu Ain

Hai! Cokulet dengan Cikgu Ain tak dapat dipisahkan...samalah macam cokulet dengan kanak-kanak prasekolah. Jadi cikgu-cikgu lepas ni bolehlah buat cokulet sendiri yer... Buat sambutan Burfday ker, Hari Kanak-kanak ker or as a goodies waktu Majlis Perpisahan dan Konvokesyen Prasekolah tahun nie. Jom!





Home Made Choc With Cikgu Ain :D

Kategori Coklat
  • converture
  • compound
  • semi-bitter-sweet
  • cooking choc.
3 jenis iaitu:
  1. Milk Choc
  2. White Choc
  3. Dark Choc
Cara-cara :

  1. Cikgu-cikgu cuma perlu beli sahaja antara jenis cokulet yang Cikgu Ain bagitau di atas tadi. Tapi Cikgu Ain suggest beli Chocolate Compound jenama Beryls' sebab tak yah tambah apa-apa dah dan cokuletnyer memang sedap! Yummy!!! :) 
  2. Lepas tu cairkan guna double boiling system. Sesiapa yang tak tau double boiling tu aper, caranya macam ni, tuang air panas dalam periuk atau kuali, then masukkan satu lagi periuk kecil di atas/dalam kuali atau periuk yang ada air panas tadi. Then, masukkan cokulet compound tadi and kacau sahaja sampai cair. 
  3. Pantang buat cokulet ni adalah kalau ada air masuk dalam cokulet yang nak dicairkan. Ingat tau! Nanti tak jadi jangan marah Cikgu Ain. :)
  4. Then bila dah cair, tuang pada acuan yang disukai. Bekukan dalam cool box. Dalam 25 minit sahaja dah bolehlah di makan.
Selamat Mencuba!

Singapore Experiences...


English For Early Childhood Education (EECE), Regional English Language Centre (RELC), Singapore 2009

An experiences that I gained in Singapore will last in a whole life time. :) Syukur kerana terpilih bersama-sama 23 orang guru yang kesemuanya merupakan jurulatih-jurulatih prasekolah kebangsaan...kecualilah Ain dan CT La. Kan CT? :) Kami berdua mewakili Putrajaya untuk kursus English selama sebulan di Singapore. Terasa kerdilnya diri berada dalam kelompok syifu-syifu hebat prasekolah di Malaysia. Bukan calang-calang guru prasekolah yang dapat mewakili Malaysia bagi kursus tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Melalui interview dan tapisan, barulah dijemput ke sana. :) Memandangkan di Putrajaya prasekolah baru di buka dan guru-gurunya baru setahun jagung dalam dunia prasekolah ini, kami pun terpilih mewakili Putrajaya. Sukar diolah pengalaman yang diperolehi. Paling manis mengenali tiap individu hebat bergelar guru prasekolah Malaysia, pertukaran ilmu dan perolehan ilmu baru tentang EECE di Singapore. :) Alhamdulillah....dan bila kami pulang...kami share dengan semua guru prasekolah di Malaysia. Seronok...seronok...seronok... :D Mudah-mudahan ilmu ini "mengalir" sampai bila-bila. Ameennnnn....

My Condusive Preschool Environment

This is only the 5th year, Gemilang Preschool were operated. There is a lot of amendment to be made. As year goes on and as the teacher get more exposures and experiences (not more older yeah! :p) , I always trying by best to enhance the preschool. Tak kiralah dari segi kemenjadian murid mahupun dari segi pengurusan dan pentadbiran. Alhamdullillah...I'm glad that over 4 years starting 2007 until 2010 under my supervision, the preschool running smoothly. Kini giliran rakan seperjuangan meneruskan matlamat dan perjuangan prasekolah ini. Insyaallah pasti lebih baik! :)  So...enjoy viewing My Gemilang Preschool !!! :D











Friday, 15 July 2011

Selamat Datang!

Hai semua! Selamat datang ke blog Prasekolah Gemilang, SK Putrajaya Presint 11(1). Cikgu Ain baru ingin melebarkan pengetahun melalui perkongsian ilmu menerusi blog ini. Diharap blog ini dapat memberikan pertukaran dan perkongsian ilmu berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia dan seantero dunia :) . Insyaallah...

Sejarah Prasekolah SKPP11(1)

Prasekolah di Putrajaya dibuka pada perluasan tahun 2007 di enam buah sekolah sekitar Putrajaya dengan menempatkan masing-masing dua buah kelas setiap sekolah. Ini termasuklah prasekolah di SKPP11(1) yang mana pada tahun 2007 nama sekolah dikenali sebagai SK Putrajaya 4.


Dipelopori oleh Cikgu Ain dan Cikgu Nanie (kini bertugas di Kuala Terengganu), Prasekolah SKPP11(1) yang terdiri daripada Prasekolah Cemerlang dan Prasekolah Gemilang kini bertambah kepada 3 buah kelas iaitu Prasekolah Terbilang. Maka Prasekolah SKPP11(1) kini diterajui oleh Cikgu Ain, Cikgu Huda dan Cikgu Liyana.

Demikianlah serba sedikit tentang sejarah Prasekolah di SKPP11(1) ini. Selamat berkongsi maklumat! :)


Cikgu Ain