Wednesday, 20 July 2011

Resepi Bubur Ayam Prasekolah

Teringat zaman praktikum dulu....Waktu tu Cikgu Ain praktikum di SK Taman Megah Seksyen 28, Shah Alam. Walaupun agak jauh dari rumah di Putrajaya, tapi oklah sebab banyak timba ilmu....banyak kenangan. :) Sempat juga belajar buat bubur ayam dan kek coklat yang mudah resepinya daripada PPM, Kak Sue. Sesuai dengan prasekolah.

Upon request from some friends yang dah pernah rasa Bubur Ayam Prasekolah Cikgu Ain, dulu Cikgu Ain jual bubur ni kat sekolah (sebelum larangan berniaga di sekolah....sebab GPK jeles jualan cikgu-cikgu laku sangat...hehehe. Tak lah gurau jer :p) ni dia resepinya.

Bahan-bahan:
  1. Beras
  2. Potongan ayam (best kalau ambil bahagian yang ada tulang)
  3. Lobak merah (dipotong dadu)
  4. Daun pandan
  5. Kulit kayu manis
  6. Bunga lawang
  7. Lada putih
  8. Kiub pati ayam Knorr
  9. Air (secukupnya)
  10. Daun sup, daun bawang, bawang goreng dan lada merah (sebagai hiasan)
Cara-cara:
  • Jangan tanya beras brape , ayam nak brape gram etc tau. Cikgu Ain memang tak pandai. Coz main masuk je dalam periuk. Tapi you all agak-agak la nak buat banyak maner n sesuaikan dengan bahan-bahannya yer. :) Tak per, cikgu prasekolah kreatif dan fleksible. :D 
  • Ok...now, basuh beras dulu. Then masukkan semua bahan tadi dalam periuk. Pastikan air nak kene banyak. Pas tu masaklah sampai jadi bubur! Senangkan? 
  • Sesuai sangat dengan prasekolah. PPM boleh masak dan tinggalkan jer kat dapur and tolong guru pantau kerja murid. Sekali-sekala pergi kacau bubur tu and kalau belum nak jadi bubur boleh tambah air lagi. Mudah dan sedap sangat kalah bubur ayam McD. :D
  • Selamat Mencuba! :)

No comments:

Post a Comment