Saturday, 6 August 2011

Tema Bunga

Minggu depan Prasekolah Gemilang dah masuk ke tema Bunga pula. So...jom kita buat origami bunga tulip ni. :) Senang dan InsyaAllah murid-murid kita boleh buat. Cuma Bunga Tulip tak begitu dikenali. So cikgu boleh explain lah kat negara mana bunga ni banyak di temui. Cikgu Ain bagi contoh bunga tulip sebab senang nak buat. kalau bunga rose pun ada tapi susah sikit murid prasekolah kita yang jarinyer tomey-tomey tu nak lipat. :) Selamat belajar!


Friday, 5 August 2011

Ramadhan 1432H

Alhamdulillah...hari ini dah 5 hari kita berpuasa menjalankan rukun Islam yang ke3. Alhamdulillah, anak murid di Prasekolah Gemilang juga berpuasa. Sekurang-kurangnya ketika berada di prasekolah, belum ada yang minta air atau makanan. Anak murid you all macam maner? :) So, bila bulan puasa macam ni, apakah pengisian ketika waktu rehat dan bagaimana peruntukan kewangan untuk makanan dibelanjakan? Di Prasekolah Gemilang, ketika waktu rehat, cikgu Ain bagi murid akses kendiri sambil mendengar muzik.So, adalah yang membaca kad-kad imbasan, kad-kad suku kata, kad-kad ayat dan cerita yang telah disediakan. Ada juga yang membaca buku cerita atau bermain lego dan bongkah kayu. Tak kurang juga yang tidur! Tapi Cikgu Ain biarkan saje malah Cikgu Ain pasangkan juga "spa muzik" atau nasyid kanak-kanak secara perlahan. Kalau tahun lepas, Cikgu Ain ajar Iq'ra. Tapi tahun nie rasanya Cikgu Ain nak rehat waktu rehat. Sebab kita guru-guru pra 7.30-12.00 tghari nonstop mengajar, mengasuh dan mendidik. Base on experience, sangatlah penat. Itulah sebabnya tahun ini Cikgu Ain rasa nak rehat. Tapi Cikgu Ain buat BBM banyak-banyak.

Peruntukan kewangan bagi makanan murid prasekolah bolehlah kita belanjakan untuk buat hamper hari raya! :D Tentu mereka suka...Ok. Buat semua teman-teman dan murid-murid prasekolah tercinta, Selamat menjalani ibadah puasa.:) Jangan puasa yok yok tau... ;)