Monday 18 July 2011

Cokulet Cikgu Ain

Hai! Cokulet dengan Cikgu Ain tak dapat dipisahkan...samalah macam cokulet dengan kanak-kanak prasekolah. Jadi cikgu-cikgu lepas ni bolehlah buat cokulet sendiri yer... Buat sambutan Burfday ker, Hari Kanak-kanak ker or as a goodies waktu Majlis Perpisahan dan Konvokesyen Prasekolah tahun nie. Jom!





Home Made Choc With Cikgu Ain :D

Kategori Coklat
  • converture
  • compound
  • semi-bitter-sweet
  • cooking choc.
3 jenis iaitu:
  1. Milk Choc
  2. White Choc
  3. Dark Choc
Cara-cara :

  1. Cikgu-cikgu cuma perlu beli sahaja antara jenis cokulet yang Cikgu Ain bagitau di atas tadi. Tapi Cikgu Ain suggest beli Chocolate Compound jenama Beryls' sebab tak yah tambah apa-apa dah dan cokuletnyer memang sedap! Yummy!!! :) 
  2. Lepas tu cairkan guna double boiling system. Sesiapa yang tak tau double boiling tu aper, caranya macam ni, tuang air panas dalam periuk atau kuali, then masukkan satu lagi periuk kecil di atas/dalam kuali atau periuk yang ada air panas tadi. Then, masukkan cokulet compound tadi and kacau sahaja sampai cair. 
  3. Pantang buat cokulet ni adalah kalau ada air masuk dalam cokulet yang nak dicairkan. Ingat tau! Nanti tak jadi jangan marah Cikgu Ain. :)
  4. Then bila dah cair, tuang pada acuan yang disukai. Bekukan dalam cool box. Dalam 25 minit sahaja dah bolehlah di makan.
Selamat Mencuba!

4 comments:

  1. Salam...hihi. Pagi ni Cikgu Ain dapat request dari kawan-kawan suh ajar buat Cokulet Cikgu Ain kat sekolah. Hehehe...best jugak main masak-masak kat pra kan. Cikgu ain no problem, tapi GB bagi ker? Hmmmm.... :P

    ReplyDelete
  2. hmm..cam sedap jer tgk gambar tu..tapi saya nak makan jer boleh tak?

    ReplyDelete
  3. Awak nak makan jer? Boleh. Awak buatlah belian amal.Satu potong tu saya jual RM2. Nak masuk tabung Prasekolah Gemilang saya. Amacam? Nak order? :P

    ReplyDelete
  4. satu potong RM2?? wow!..byk betul buat amal kalau camni..ada buat jualan lain-lain tak?macam serunding daging ke? :)

    ReplyDelete